Skip to main content

PTIS


PASUKAN TEKNIKAL ICT SEKOLAH

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT ICT

Sektor ini bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, melaksanakan, dan memantau tadbir urus ICT, aplikasi digital, aspek teknikal, serta sokongan perkhidmatan ICT di peringkat Jabatan, PPD, dan sekolah. Tugas ini bertujuan untuk memastikan kelancaran sistem, keselamatan maklumat, dan kecekapan penyampaian perkhidmatan ICT selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

6

INISIATIF

ICT

479

MANFAAT KEPADA SEMUA SEKOLAH

MENENGAH DAN RENDAH

DI NEGERI SEMBILAN

16

SEKOLAH HIBRID

1

matlamat

UTAMA

pendidikan

TENTANG KAMI

Kami adalah pasukan yang mengurus dan menyokong pelaksanaan ICT di sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Fokus utama kami adalah menyediakan maklumat, panduan, dan bantuan teknikal untuk memastikan urusan ICT di peringkat sekolah berjalan lancar, teratur, dan selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan semasa.

Fungsi Sektor

Unit Tadbir Urus ICT & Pentadbiran

  • Merancang, menyelaras,mengenalpasti dan menyemak keperluan peruntukan bagi pengoperasian dan keperluan ICT diperingkat Jabatan, daerah dan sekolah;
  • Merancang, menyelaras, mengenalpasti dan menyemak keperluan peruntukan bagi pengoperasian dan keperluan ICT diperingkat Jabatan, daerah dan sekolah;
  • Merancang, menilai dan mengurus permohonan kelulusan teknikal projek ICT Jabatan;
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau perolehan ICT JPN dan PPD;
  • Merancang, menyelaras dan melaksana hal-hal pengurusan pentadbiran pejabat;
  • Merancang, menyelaras dan memantau bilangan latihan/kursus semua staf SPMK;
  • Menyelaras, melaksana dan memastikan pematuhan keselamata dan operasi selari dengan polisi keselamatan ICT KPM;
  • Merancang, menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan perkhidmatan teknikal ICT di peringkat sekolah bersama Penyelaras JTK.

Unit Teknikal ICT & Rangkaian

  • Menyelaras, menyelia , melaksana dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT baharu yang telah dirancang oleh Kementerian dan JPN bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar di peringkat JPN, PPD dan Sekolah;
  • Mengurus, memantau perkhidmatan rangkaian dan penyelenggaraan peralatan rangkaian di Jabatan, PPD dan sekolah;
  • Menyelaras maklumat bagi perancangan keperluan kapasiti, ketersediaan dan kesinambungan sumber ICT;
  • Mengurus dan memantau pemasangan perkakasan dan perisian ICT di Jabatan, PPD dan sekolah;
  • Menyelaras, mengurus, merancang dan memantau aktiviti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan pembaikan perkakasan ICT serta khidmat sokongan teknikal di peringkat Jabatan, PPD dan sekolah yang diterima melalui ISD atau medium rasmi yang lain;
  • Menyelaras dan mengurus permohonan ID Pengguna Sistem ISD di Jabatan, PPD dan sekolah;
  • Membantu menyelaras maklumat asset alih Kerajaan bagi perkakasan ICT dan perisian;
  • Merancang, menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan perkhidmatan teknikal ICT di peringkat sekolah bersama Penyelaras JTK;

Pasukan Teknikal ICT Sekolah (PTIS)

  • Menyelaras, menyelia , melaksana dan memantau pelaksanaan pemusatan perkhidmatan teknikal ICT sebagaimana sasaran kerja tahunan yang telah ditetapkan oleh JPN;
  • Menyelaras, menyelia , melaksana dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT baharu yang telah dirancang oleh Kementerian dan JPN bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar di peringkat sekolah;
  • Menyelaras, menyelia, melaksana dan memantau aktiviti penyelenggaraan pencegahan dan penyeleanggaraan pembaikan bagi perkakaksan ICT di lokasi sekolah seliaan bagi meningkatkan tahap kesediaan infrastruktur ICT sekolah ke tahap yang lebih baik;
  • Menyelaras, menyelia, melaksana dan memantau khidmat sokongan teknikal ICT berdasarkan aduan yang diterima dari pengguna samada melalui ISD atau medium lain bagi memoblehkan setiap aduan dapat direkod, dipantau dan diselesaikan;
  • Menyelaras, menyelia, melaksana dan memantau khidmat sokongan teknikal ICT berdasarkan permohonan khidmat bantuan yang diterima dari pengguna samada melalui ISD atau medium lain;
  • Memberi khidmat latihan dan bimbingan penggunaan sistem KPMdan peralatan ICT kepada pengguna di bawah sekolah seliaan;
  • Menyelaras e-mel rasmi Kementerian di peringkat sekolah;
  • Membantu memberi khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan proses pelupusan aset alih kerajaan bagi perkakasan ICT di sekolah;


Unit Aplikasi & Portal

  • Menyenggara sistem aplikasi sedia ada bagi memastikan kesinambungan proses bisnes dan fungsi Jabatan;
  • Mengurus, memantau ketersediaan capaian dan memberi latihan kepada pentadbir berkaitan portal Jabatan;
  • Mengurus dan memantau ketersediaan capaian sistem KPM dan agensi pusat kepada pengguna di Jabatan atau PPD;
  • Mengurus, memantau ketersediaan capaian dan memberi latihan berkaitan e-mel rasmi Kementerian;
  • Merancang, menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan perkhidmatan teknikal ICT di peringkat sekolah bersama Penyelaras JTK;

Carta Organisasi Sektor

 

KHIDMAT

Kami menyediakan perkhidmatan pengurusan tadbir urus ICT, pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi digital, sokongan teknikal, penyelenggaraan infrastruktur ICT serta latihan dan bimbingan kepada pengguna di semua peringkat Jabatan, PPD dan sekolah bagi memastikan perkhidmatan ICT yang cekap, selamat dan berkesan.

INTERNET & RANGKAIAN

Kami menyediakan capaian internet stabil dan selamat untuk menyokong urusan pentadbiran serta pengajaran di Jabatan, PPD, dan sekolah.

PERISIAN

Kami sokong reka bentuk dan penyelarasan perluasan rangkaian ICT untuk capaian internet yang lebih luas dan stabil di jabatan dan sekolah.

PERKAKASAN KOMPUTER

Kami menyokong pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan komputer untuk memastikan peralatan berfungsi baik.

PERLUPUSAN PERKAKASAN

Kami merancang dan memantau perluasan rangkaian untuk capaian internet yang lebih baik di Jabatan, PPD, dan sekolah.

PASUKAN TEKNIKAL ICT SEKOLAH (PTIS)

Kami adalah pasukan yang mengurus dan menyokong pelaksanaan ICT di sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Fokus utama kami adalah menyediakan maklumat, panduan, dan bantuan teknikal untuk memastikan urusan ICT di peringkat sekolah berjalan lancar, teratur, dan selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan semasa.

Pasukan teknikal ICT di Negeri Sembilan memainkan peranan penting dalam operasi teknologi maklumat sekolah. Mereka menyokong inisiatif digital, menyelenggara peralatan ICT, dan menyelesaikan isu teknikal. Komitmen dan kepakaran mereka adalah asas kejayaan transformasi pendidikan digital.

TENAGA PENGGERAK PTIS

INISIATIF

Inisiatif ICT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong pelajar, guru, dan kakitangan sokongan untuk memperkasa penggunaan teknologi dalam pendidikan, memperluas akses maklumat digital, dan meningkatkan pengurusan pendidikan.