Tuesday, February 28, 2017
   
Saiz Teks

SEKTOR JAMINAN KUALITI

 


Sektor Sektor Jaminan Kualiti
Ketua Sektor Pn Maznah Binti Abu Bakar
No Telefon 06-765 3103
No Fax 06-764 7124
Laman Web http://www.sjk.jpnns.gov.my/


 

Sektor Jaminan Kualiti (SJK) Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah beroperasi secara rasmi pada Julai 2007. Sektor ini bertindak sebagai pelengkap kepada kursus kepimpinan dan pengurusan yang diterima oleh pihak pengurusan sekolah daripada Institut Aminuddin Baki. Sektor ini juga bertindak sebagai pembimbing untuk menyelesaikan masalah kualiti hasil daripada laporan dapatan Jemaah Nazir Sekolah dan bertanggungjawab sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar, mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hands-on kepada pengurus dan pendidik di sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran.

Fungsi Sektor

1. Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran serta melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan modal insan.

2. Melaksanakan mekanisma untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran sekolah. Membuat pentaksiran dan penilaian keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid, iaitu program akademik dan program pembangunan kemanusiaan.

3. Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara profesional dalam mengekalkan serta meningkatkan kualiti kepimpinan instruksional. Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasa kepimpinan sekolah.

4. Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menjalankan aktiviti penyelidikan khususnya kajian tindakan dalam melaksana dasar dan keputusan serta menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk merancang strategik dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Rujuk 

Unit Jaminan Kualiti
Pejabat Pentadbiran | Tel : 06  765 3170 | Faks : 06 764 7124 | Laman Sesawang : sjk.jpnns.gov.my |

Single Sign On

Single Sign-On

Sektor / PPD

Ruangan

Pautan Agensi
Pautan Luar
Aduan

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

 Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.