Tuesday, January 17, 2017
   
Saiz Teks


SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)


Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Ketua Sektor ZAINAB BINTI MOHAMED SHAH
No Telefon 06-765 3215
No Fax 06-733 0768
Laman Web http://www.spmictn9.jpnns.gov.my/

Pengenalan

Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT merupakan sektor yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan maklumat dan teknikal di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Sebelum penstrukturan semula Jabatan Pendidikan Negeri, sektor ini dikenali sebagai Unit Maklumat yang berada di bawah Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan.

Ketika ini Sektor Pengurusan Maklumat mempunyai dua bahagian iaitu bahagian Pengurusan Maklumat dan bahagian Teknikal. Pengurusan Maklumat berperanan menguruskan hal-hal berkaitan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) dan juga bertindak sebagai penyalur maklumat kepada pihak-pihak yang berkepentingan mengikut keperluan. Manakala bahagian Teknikal bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penyelenggaraan peralatan ICT, kemudahan internet dan perolehan.

Objektif

  1. Memastikan penggunaan teknologi maklumat dengan cekap dan berkesan untuk membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mempertingkatkan produktiviti dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan (delivery system).
  2. Membantu mewujudkan data/ maklumat yang berkualiti dalam pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan untuk keperluan semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah.
  3. Meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dikalangan pegawai, guru dan kakitangan Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan dan Sekolah.

Piagam Pelanggan

  1. Mengemaskini data guru, bukan guru dan murid empat (4) kali setahun.
  2. Membekalkan maklumat kepada Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan individu mengikut keperluan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan.
  3. Memberikan bantuan teknikal penyelenggaraan peralatan ICT kepada Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah dalam tempoh lima (5) dari tarikh penerimaan.
  4. Bertindak sebagai Meja Bantuan kepada Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan individu untuk pemerolehan maklumat dan bantuan teknikal peralatan ICT.
  5. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Single Sign On

Single Sign-On

Sektor / PPD

Ruangan

Pautan Agensi
Pautan Luar
Aduan

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

 Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.