Saturday, January 21, 2017
   
Saiz Teks
TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL (TPV)
Soalan SOALAN LAZIM TRANSFORMASI PENDIDIKAN VAKASIONAL (TPV)
Jawapan
1. Bagaimana kaedah memohon.
Jawapan :

Kaedah:
1.   Isi borang atas talian. www.moe.gov.my
2.   Isi borang hantar ke SMV/T yang dipohon.
2. Bilakah keputusan permohonan diketahui?
Jawapan : 10 hari selepas keputusan PMR diumumkan.(on line)
3. Bagaimana nak semak keputusan permohonan?
Jawapan : Secara online. www.moe.gov.my , atau Hubungi sekolah yang dipohon.
4. Ada 2 borang dalam talian. Isi kedua-dua atau salah satu?
Jawapan :
Isi satu sahaja secara online.(Jika ada capaian)
Jika gagal boleh guna borang, lengkapkan dan hantar ke sekolah yang dipohon untuk diproses.
5. Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran.
Jawapan :

Kolej Vokasional.
-      Pengajian selama 4 tahun.(Sijil Kolej Vokasional dari Tahap 1 hingga tahap 4)
-      Guna system semester.
-      15 SMV rintis untuk tahun 2012. (rujuk lampiran)

Bidang Teknikal.
-      Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)

Bidang Vokasional.
-      Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)

Latihan Kemahiran.
-      Pengajian selama 2 tahun
-      Ambil SPM (6 teras) atau SPAK(1+3)
-      Mendapat SKM (tahap 1 hingga tahap 2) atau multi skill (tahap 1)
6. Dalam 4 Katagori sekolah, semua pilihan sekolah ada mana satu KV, Teknik, Vokasional dan Kemahiran.
Jawapan :
- Sekolah yang telah dirintiskan sebagai KV akan menawarkan kursus KV sahaja.
- SMT akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja.
- MV(selain KV rintis) akan menawarkan kursus bidang Vokasional dan  Latihan Kemahiran.
7. Bila dapat result PMR sebenar, pemilihan kemasukan bagaimana? 
Jawapan :
- Bagi kemasukan ke KV, bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran permohonan dan tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan.
- Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga Peperiksaan Malaysia).
8. Adakah Sijil dan Diploma KV diiktiraf oleh MQA atau tidak?
Jawapan :
Sijil Kemahiran Kolej Vokasional diiktiraf oleh MQA dan JPA.
9. Lepasan KV tiada SPM, boleh sambung pengajian ke IPTA/S?
Jawapan :
Boleh. Sambungan Pengajian  mestilah berkaitan dengan sijil Diploma KV yang diperolehi. Pencapaian yang memenuhi syarat kemasukan IPTA/S yang dipohon. (Mou antara KPM dengan mana-mana ILKA/S dan IPTA/S terlibat sedang dipergiatkan untuk menyambut pelajar lepasan KV kelak)
10. Bagaimana cara untuk saya mengetahui maklumat lanjut tentang  KV/SMV. 
Jawapan :
Layari laman web www.bptv.edu.my atau Hubungi sekolah yang berkenaan.
11. Apa perlu dibuat apabila tidak dapat meneruskan  akses permohonan secara online kerana kombinasi No. KP dan Angka Giliran tidak sama? 
Jawapan :
Hubungi BPTV dengan memberi  butiran berikut; Nama, No. Kad Pengenalan, Angka Giliran, Nama dan nombor  telefon penjaga.
12. Saya merupakan guru di sekolah menengah harian. Bagaimanakah caranya untuk saya lakukan bagi membolehkan saya berpindah ke Sekolah Menengah Vokasional?
Jawapan : 

Pemohonan pertukaran guru-guru yang berjawatan dan GC mesti lah melalui Sistem Pertukaran Guru di eGTukar.Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan yang ada di sekolah yang dimohon atau atas keperluan jawatan.
13. Bagaimana caranya untuk saya lakukan agar saya dapat berpindah kerana pengetua di sekolah saya tidak meluluskan pemohonan saya ini?
Jawapan : 

Pemohonan pertukaran mestilah mendapat sokongan Pengetua sekolah terlebih dahulu. Jika pengetua tidak menyokong bermakna perkhidmatan masih diperlukan di sekolah itu.
14. Saya merupakan guru yang baru dilantik dan masih belum sah jawatan. Bolehkah pemohonan saya diluluskan kerana saya mempunyai masalah keluarga. 
Jawapan : 

Segala kelulusan pemohonan adalah atas keperluan perjawatan dan perkhidmatan.
15. Semasa saya mengisi pertukaran secara ‘online’. Saya dapati maklumat peribadi saya salah. Kepada siapa perlu saya maklumkan perkara ini?
Jawapan : 

Pada kebiasaannya pihak Kementerian Pelajaran ada membuat surat siaran supaya guru-guru mengemaskini data-data melalui eGTukar yang dilakukan oleh Guru Penolong Kanan atau guru data.
16. Bolehkah sesuatu pertukaran itu dilakukan dalam tempoh 24 jam?
Jawapan : 

Kelulusan pertukaran akan di bawa mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran. Tempoh kelulusan bergantung kepada kes–kes tertentu untuk diluluskan dalam mesyuarat.
17. Bolehkah saya menukar lokasi penempatan saya walaupun semasa pemohonan saya telah ditempatkan di lokasi yang berlainan.
Jawapan :

Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah.
18. Saya telah membuat pemohonan ke sekolah di negeri Johor. Bolehkah sekiranya saya memohon untuk menukar lokasi ke negeri Melaka walaupun pemohonan pertukaran ke negeri Johor itu belum diluluskan?
Jawapan :
Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah.
19. Pemohonan pertukaran saya telah diluskan. Terima kasih saya ucapkan. Namun begitu, saya ingin mengubah lokasi pertukaran saya itu ke tempat lain. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini.
Jawapan :

Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah.
20. Selama 7 tahun saya telah mencuba memohon untuk bertukar ke negeri Kelantan.  Apakah faktor yang menyebabkan pemohonan saya ini tidak diluluskan. Bagaimanakah caranya untuk saya memenuhi hajat saya ini? 
Jawapan :
Segala kelulusan bergantung kepada kekosongan. Rata-rata sekolah di Negeri Kelantan telah cukup kouta guru di situ.
21. Tuan, suami saya bertugas di sebuah syarikat perikanan di Pahang. Dan saya berhajat untuk bertukar di sana. Saya kini mengajar di Kuala Lumpur. Tempat yang ingin saya pohon tidak mempunyai bidang yang saya ajar kini. Apa yang harus saya lakukan bagi membolehkan saya dapat berpindah ke negeri Pahang berdekatan dengan tempat suami saya bertugas.
Jawapan :

Puan disarankan untuk merujuk bidang yang puan mengajar di sekolah – sekolah yang berhampiran pada PPD negeri yang  puan mohon. Sekiranya ada, puan boleh terus membuat pemohonan pertukaran.

Single Sign On

Single Sign-On

Sektor / PPD

Ruangan

Pautan Pantas

Aplikasi Online
0005jpns-img
0016jpns-img
0006jpns-img
0007jpns-img

E-Mel Rasmi
0009jpns-img

Ruangan Komuniti
0012jpns-img
0011jpns-img


Pautan Agensi
Pautan Luar
Aduan

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

 Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.