TAEC (Tampin Academic Excellent Committee)
Posted by admin on December 10 2009 16:29:46

Mesyuarat Jawatankuasa Induk " TAEC " Kali Pertama akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 19 Januari 2010
Masa     :  9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan PPD Tampin
 


Extended News

Penjana Kecemerlangan Sekolah - sekolah Daerah Tampin 2010 - 2012

PENGENALAN:

Kejayaan sesebuah sekolah adalah berkait rapat dengan Peningkatan Prestasi Akademik dan ianya selaras dengan NKRA bagi Kementerian Pelajaran iaitu meluakan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Sehubungan itu PPD Tampin dalam menyahut cabaran Kementerian khususnya sektor akademik akan melaksanakan perancangan dan program-program secara berfokus ke arah kecemerlangan sekolah-sekolah di daerah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk memberi ide-ide yang boleh membantu PPD Tampin dalam mencapai kecemerlangan.

MATLAMAT

1. Meningkatkan peratus pelajar cemerlang (Pangkat A) dan lulus bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
2. Meningkatkan motivasi, amalan strategi dan teknik belajar berkesan dan mampu menyumbang kepada peningkatan peratusan pencapaian ' A ' dalam semua mata pelajaran.
3. Meningkatkan kompetensi guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan pedagogi pengajaran dengan lebih kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF:

1. Membantu pelajar bersedia untuk menghadapi dan menjawab soalan-soalan peperiksaan.
2. Membina kemahiran diri dan kemahiran belajar di kalangan pelajar dalam akademik dan sahsiah.
3. Membimbing dan mendidik pelajar supaya belajar dengan lebih sistematik untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
4. Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran ke arah meningkatkan kompetensi guru dalam proses pengajaran dan pembelajarn.
5. Menetapkan sasaran minima pencapaian semua sekolah dalam Peperiksaan Awam di Daerah Tampin:

    UPSR
    Cemerlang (semua 'A') >15%
    Pencapaian Lulus Minimum ialah >70%
    Gred Purata Sekolah <2.00

    PMR
    Cemerlang (semua 'A') >15%
    Pencapaian Lulus Minimum ialah >70%
    Gred Purata Sekolah <3.00

    SPM
    Cemerlang (semua 'A') >1%
    Pencapaian Lulus Minimum ialah >35%
    Gred Purata Sekolah <6.00

FOKUS UTAMA TAEC

1. Program Lonjakan Saujana
2. Program PIMPIN - Pemerolehan Kemahiran Asas
3. Program Panitia Daerah - Peningkatan Kompetensi Guru
4. Pengauditan Akademik