|
PEJABAT PELAJARAN DAERAH PORT DICKSON
1.1 Melaksanakan pendidikan wajib dan menyediakan peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak.
1.2 Membangunkan potensi pelajar-pelajar serta membimbing mereka menjadi insan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah.
1.3 Memastikan urusan perkhidmatan nasihat, bimbingan dan kebajikan dapat dimanfaatkan oleh pelajar.
1.4 Memastikan kemudahan infrastruktur sekolah diperlengkapkan mengikut keperluan.
1.5 Menguruskan penempatan guru, pegawai dan kakitangan sokongan mengikut keperluan sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
1.6 Menguruskan pengisian jawatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Bidang di sekolah-sekolah.
1.7 Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang lengkap dan terkini.
1.8 Menyedia dan melaksanakan program latihan kepada guru dan kakitangan sokongan dengan berkesan.
1.9 Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
1.10 Memastikan pengurusan dan perlaksanaan kurikulum, kokurikulum dan sukan di sekolah serta dilaksanakan dengan berkesan.
1.11 Memastikan institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan tinggi swasta diurus dengan cekap mengikut Akta Pendidikan.
1.12 Memastikan pentaksiran berasaskan sekolah yang berpusat dilaksanakan dengan cekap, lancar dan selamat.
1.13 Memastikan peruntukan kewangan yang diperoleh daripada pelbagai sumber dimanfaatkan sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan.
1.14 Mengadakan pemuafakatan dengan PIBG, agensi-agensi kerajaan, swasta dan organisasi bukan kerajaan untuk kemajuan pendidikan di Negeri Sembilan. |