PENGURUSAN PEPERIKSAAN SECARA ONLINE (ISIS)
Posted by anuar on March 04 2010 16:50:56

Semua Sekolah Menengah Daerah Jempol dan Jelebu dikehendaki menyediakan analisa peperiksaan dan memuat naik ke dalam sistem ISIS.


Extended News

Sekolah dipohon untuk menyediakan analisis untuk peperiksaan berikut iaitu :

a. Peperiksaan Percubaan PMR 2009
b. Peperiksaan Percubaan SPM 2009
c. Peperiksaan Akhir Tahun 2009
d. Ujian Bulanan Terkini

Sekolah boleh melayari www.infomurid.com/jpns untuk mendapatkan manual pengendalian program ISIS.

Sebarang pertanyaan dan masalah dalam pengendalian program ISIS boleh berhubung dengan En. Hamzah bin Zulkifli di talian 0126551467