Pembenaan insan cemerlang adalah fokus dan tanggung jawab utama sekolah.Oleh itu dalam pekeliling perkhidmatan perguruan telah menjelaskan bahawa semua guru adalah merupakan guru disiplin. Oleh itu dalam mesyuarat pertama dan mesyuarat induk sekolah, data salahlaku/disiplin murid sekolah hendaklah dibentangkan dan dijadikan topek utama mesyuarat.( Ambil dari Data SSDM seklolah). Buat perancangan dan tindakan hasil keputusan mesyuarat induk. Sekolah hendaklah menubuh,mengerakkan secara aktif JK.Pemuafakatan Sekolah dan gunakan kerjasama serta kepakaran Pegawai Polis Angkat sekolah. Pengurusan sekolah hendaklah sentiasa mematuhi peraturan,pekeliling kementerian dan sentiasa berpegang pada buku panduan disiplin Guru Besar/Pengetua. Oleh itu sekolah perlu mengaktifkan program berikut untuk memastikan disiplin murid sentiasa terbaik. A. Program Anti Ponteng (Buat pemantauan berkala). B. Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS) C. Program Anti Buli ( Asrama dan Sekolah). D. Kawat Kebakaran & Bencana. E. Sekolahku rumahku( Tiada Vadelisma ) F. Sekolah Kawasan Sifar ROKOK(Asrama dan Sekolah) G. Lain Program ikut keperluan sekolah. Perlu diingat,sebarang salah laku murid hendaklah dicatat dalam Data SSDM secara kemaskini. Bagi tahun ini , kita meletakan target semua sekolah mengurangkan salahlaku/disiplin pelajar 10% dari data tahun 2009
·mustazah pada January 13 2010 11:04:47 ·
0 Komen · 512 Dibaca
·
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.
Please login or register to vote.
No Ratings have been Posted.
Kata Alu-aluan PPD
MOHD SAH BIN ZAINAL ABIDIN
Assalamualaikum
Selamat melayari Laman Web Rasmi PPD Jempol dan Jelebu. Semoga penggunaan internet ini akan meningkatkan tahap kecekapan terutama dalam penyaluran maklumat.