Selasa, Februari 09, 2010
   
Saiz Teks

Hebahan Aktiviti

Galeri Media

f1pengarah
Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Tujuan utama portal ini dibangunkan adalah sebagai medium penyaluran dan perkongsian maklumat untuk semua golongan pendidik, pelajar dan komuniti. Semoga anda mendapat manfaat daripada maklumat-maklumat yang dimuatkan di dalam portal ini. Sekian, terima kasih.

 

Latar Belakang Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Sistem persekolahan di Negeri Sembilan mengalami pelbagai pembaharuan selaras dengan perkembangan dan perubahan dasar pendidikan negara dari masa ke semasa. Selepas tamatnya Peperangan Dunia Kedua, Pengarah Pelajaran pertama yang dilantik untuk menerajui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ialah En F.C. Baraclough iaitu dari tahun 1945 hingga 1946. Bangunan pertama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan terletak di tapak bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sekarang, berhampiran sebatang jalan yang dikenali sebagai 'Malacca Street'.

p1jpns
Antara tokoh-tokoh besar pendidikan yang pernah menyandang jawatan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan ialah Allahyarham Dato' Aminuddin Baki dan YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. Perkembangan serta perubahan dasar pendidikan secara tidak langsung telah mengubah struktur sistem pendidikan dan organisasi serta pentadbirannya secara keseluruhannya.

Pada masa ini, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan diterajui oleh YBhg. Dato' Abdullah bin Mohammad dan terletak lebih kurang setengah kilometer dari pusat bandar, berhampiran dengan kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Wisma Persekutuan dan Bangunan Wisma Negeri.

p4jpns p2jpns p3jpns

 
Bidang Keberhasilan Utama (KRA) JPNS Tahun 2010
Kecemerlangan Instruktional
Keberkesanan Kepimpinan Sekolah
Kemenjadian Murid
Keberkesanan Pengurusan Pentadbiran dan Pembangunan Fizikal Sekolah
>> Muat turun bahan KRA & KPI
 
Hebahan Terkini

Kepada semua Guru Data Sekolah

Untuk kutipan data aplikasi EMIS Januari 2010 pihak JPN/ PPD tidak akan menjalankan perbengkelan mengikut PPD seperti mana kutipan-kutipan sebelum ini. Sehubungan itu pohon setiap sekolah mengemaskini semua maklumat di aplikasi tersebut sehingga tempoh masa yang telah ditetapkan berdasarkan surat makluman dengan Rujukan: JPNS/ICT/04 (73) bertarikh 5 Januari 2010 dan jadual kutipan yang boleh dimuat turun melalui laman web ini. Harap maklum dan terima kasih.

 
Bilangan Sekolah
*Enrolmen Guru
Enrolmen Pelajar
Rendah 344 Rendah 9045 Rendah 117,101
Menengah 116 Menengah 7647 Menengah 94,575
Jumlah 460 Jumlah 16,692 Jumlah 211,676
* Enrolmen Guru melibatkan jumlah Guru Terlatih dan Tidak Terlatih
Sumber : Aplikasi EMIS Online (data sehingga 31 Oktober 2009)

Log Masuk

Data Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini522
mod_vvisit_counterMinggu ini1798
mod_vvisit_counterBulan ini8954
mod_vvisit_counterBulan lepas24681
mod_vvisit_counterJumlah1028482

Pendapat Anda

Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan JPNS

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN
Jalan Dato' Hamzah Karung Berkunci No. 6
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-7653100
No Faks : +606-7639969
Meja Bantuan
Peta Laman
Aduan / Maklum Balas

Paparan terbaik menggunakan pelayar IE versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.
TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my